UTIpure

Sale!

UTIpure

From: RM14.00 onwards From: RM11.20 onwards

SKU: UTIpure Category:

UTIpure – Pengalkali Air Kencing Yang Dipercayai untuk Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

MAL 15095028XC

  • Penerangan
  • Spesifikasi
  • Soalan Lazim
  • Rujukan

UTIpure – Pengalkali Air Kencing Yang Dipercayai untuk Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jangkitan saluran kencing (UTI)adalah jangkitan pada mana-mana bahagian sistem urinari – buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra. Selalunya, UTI berlaku di saluran kencing bahagian bawah yang terdiri daripada pundi kencing dan uretra – disebabkan oleh kehadiran bakteria.

Apabila berlaku UTI, air kencing berasid dihasilkan dan ini boleh menyebabkan kerengsaan pada uretra yang meradang, menimbulkan rasa sakit dan sensasi terbakar yang tidak selesa semasa membuang air kecil.

Kedua-dua lelaki dan wanita rentan terhadap UTI tetapi lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Sebenarnya, wanita adalah empat kali ganda berkemungkinan mendapat UTI berbanding lelaki.

Sekiranya anda mengalami satu atau lebih symptom UTI, ambil UTIpure – pengalkali air kencing yang effervescent untuk jangkitan saluran kencing (UTI) wanita – supaya anda dapat melegakan dan mengurangkan gejala UTI anda dengan berkesan! UTIpure membantu melegakan simptom UTI seperti:

  • Rasa pedih semasa kencing
  • Sensasi terbakar atau rasa sakit semasa kencing
  • Kerap rasa hendak kencing
  • Kencing tidak lawas
  • Air kencing yang keruh atau kemerahan
  • Air kencing berbau busuk
  • Tekanan berlarutan di bahagian bawah abdomen

UTIpure bertindak untuk melegakan simptom-simptom UTI secara berkesan dengan cara-cara berikut:

  • Melegakan kesakitan ketika kencing
  • Melegakan ketidakselesaan dalam UTI yang ringan
  • Meneutralkan keasidan air kencing. UTI menyebabkan air kencing menjadi berasid akibatnya anda rasa pedih semasa kencing. UTIpure menjadikan air kencing lebih beralkali (kurang berasid), di mana ia boleh melegakan simptom. Air kencing beralkali juga membantu membantutkan pertumbuhan bakteria.
  • Meningkatkan tindakan antibiotik terhadap bakteriadengan menyediakan persekitaran pH beralkali
  • Sebagai tambahan kepada rawatan antibiotik tertentu *untuk UTI

* terutamanya sulfonamida

Setiap sachet UTIpure 4g menghasilkan minuman berperisa limau yang menyegarkan untuk melegakan simptom UTI yang disebabkan oleh bakteria. UTIpure untuk mereka yang risau tentang pemanis tiruan kerana UTIpure tidak mengandungi gula atau pemanis tiruan (seperti sakarin, aspartam dan lain-lain).

Bebaskan Diri Anda Dari Simptom UTI dengan UTIpure Hari Ini!

 

Sekiranya anda mengalami UTI, anda tidak bersendirian. UTI adalah perkara biasa, terutamanya kepada wanita. Asalkan dirawat dengan cepat dan betul, UTI bukanlah masalah kesihatan yang serius. Walau bagaimanapun, kesakitan seperti meneran serpihan hinggalah kepada terpaksa ke tandas dengan kerap boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

 

Jangan biarkan UTI menghalang anda menikmatihidup sepenuhnya. UTIpure dapat membantu melegakan rasa ketidakselesaan yang disebabkan oleh UTI.

 

Anda tidak perlu lagi menderita dari UTI – ambillah UTIpure hari ini!

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai UTIpure, sila lawati www.utipure.com.

 

Ini adalah iklan produk ubat.

iklan produk ubat

KKLIU 1459/2021 (TTT: 31 Disember 2023)

Siapa yang akan mendapat faedah:
  • Mereka yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) dan disuria (kencing yang menyakitkan atau sukar).

 

Penggunaan:
  • Untuk melegakan ketidakselesaan dalam jangkitan saluran kencing (UTI).
  • Untuk melegakan simptom disuria (kencing yang menyakitkan atau sukar).
  • Meningkatkan tindakan antibiotik terhadap bakteria UTI

 

Saiz Pek

9 sachet setiap kotak

 

Cara pengambilan:

Ambil 4g hingga 8g (1 hingga 2 sachet) dilarutkan dalam air sejuk empat kali sehari selama 5 hari atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

 

Formulasi
Bahan Aktif setiap Sachet 4g Kekuatan
Natrium bikarbonat 1760 mg
Natrium sitrat anhidrat 630 mg
Asid sitrik anhidrat 720 mg
Asid tartarik 890 mg

Juga mengandungi agen perisa limau.
utipure 9 sachets

Q. Adakah UTIpure mengandungi gula atau pemanis tiruan?

UTIpure TIDAK mengandungi gula atau pemanis tiruan (seperti sakarin, aspartam dan lain-lain).

  • MIMS UK.
  • Spooner, J. B. 1984. “Alkalinisation in the management of cystitis.” Journal of International Medical Research 12(1):30-34.
  • Yang, L., Wang, K., Li, H., Denstedt, J.D. & Cadieux, P.A. 2014. “The influence of urinary pH on antibiotic efficacy against bacterial uropathogens.” Urology 84(3): 731.e1-7.
  • Gargan, R.A., Hamilton-Miller, J.M. & Brumfitt, W. 1993. “Effect of alkalinisation and increased fluid intake on bacterial phagocytosis and killing in urine.”European Journal of Clinical Microbiology 12(7):534-9.