RM16.00
EverSweett Sweetener merupakan generasi terkini Pemanis Semulajadi Rendah Kalori yang diperbuat dari ekstrak daun Stevia. Pengganti gula ini mempunyai rasa seakan gula, sesuai untuk minuman panas mahupun sejuk.
EverSweett Sweetener merupakan generasi terkini Pemanis Semulajadi Rendah Kalori yang diperbuat dari ekstrak daun Stevia. Pengganti gula ini mempunyai rasa seakan gula, sesuai untuk minuman panas mahupun sejuk.
Selain minuman, EverSweett Sweetener boleh digunakan untuk memasak dan membuat pastri kerana ia tahan terhadap haba. Ciri uniknya menjadikannya sesuai digunakan untuk masakan dalam julat-suhu ketuhar & jangka masa panjang.
Kemanisan dalam 1 paket EverSweett Sweetener adalah setara dengan 2 sudu teh gula! Ini bermakna EverSweett Sweetener memberikan kemanisan kepada pesakit diabetes tanpa menaikkan paras glukosa dalam darah dan kalori tinggi seperti gula.
Walau bagaimanapun, EverSweett Sweetener bukan hanya untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes. Sama ada anda seorang yang mempunyai kesedaran kesihatan yang tinggi, ingin mengawal berat badan atau hanya berhati-hati terhadap pengambilan gula dan pemanis tiruan, EverSweett Sweetener adalah pilihan yang sempurna untuk anda.
Dengan EverSweett Sweetener, anda dapat mengembalikan kelazatan ke dalam hidup anda – dan kali ini, ia adalah jenis kelazatan yang sihat!
Untuk maklumat lanjut tentang EverSweett Sweetener, sila layari: www.eversweett.com.
1g x 50 sachet
Eritritol, Rebiana (Reb-A), Silikon Dioksida
Setiap hidangan | 1sachet (1g) | |
Setiap peket | 50sachet | |
Mengandungan pemakanan | Setiap hidangan 1g | Setiap 100g |
Tenaga | 0kcal | 18kcal |
Karbohidrat | 0g | 0g |
Lemak | 0g | 0g |
Protein | 0g | 0g |
Ekstrak Stevia yang digunakan dalam produk ini adalah pemanis semulajadi 100% yang tidak mempengaruhi paras glukosa dalam darah. Oleh itu, ia selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes.
Kita telah merasai gula tebu sejak kita dilahirkan. Oleh itu, gula tebu adalah piawaian kemanisan. Semua pemanis lain – sama ada semulajadi atau tiruan – tidak akan mempunyai rasa yang sebaik gula tebu. EverSweett telah digambarkan sebagai “kemanisan yang segar” dan “kemanisan yang manis” oleh panel pakar kami yang termasuk veteran diabetes. Jika anda biasa dengan kemanisan gula tebu, kemanisan semulajadi dari daun Stevia mungkin akan sedikit berbeza pada awalnya. Namun, rasanya mudah diterima.
Pokok Stevia adalah semak abadi yang tergolong dalam keluarga tumbuhan krisan. Ia telah dibudidayakan oleh suku Guarani di Paraguay selama berabad-abad untuk memaniskan teh mereka. Kemanisan yang terdapat dalam daun Stevia berasal dari sebatian semulajadi yang digelar glikosida. Kini ia juga dibudidayakan di banyak negara seperti Paraguay, Brazil, China, dan Jepun. Sebenarnya, orang Korea dan Jepun adalah pengguna Stevia yang terbanyak.